Hiburan
“Tak Pernah Nangis Dalam Talk Show Tau, Kali Ni Kalah” - Diana Danielle
Pelakon Diana Danielle tidak dapat menahan sebak sewaktu mengimbas kembali memori bersama bapanya dalam program Rumah No 107 baru-baru ini.
Menurut Diana, itu merupakan pertama kali dia mengalirkan air mata dalam sesebuah program bual bicara.
Diana memberitahu perkara itu menerusi posting di akaun Instagram yang disertakan dengan video pendek Rumah No 107.
“Tak pernah menangis dalam talk show tau. Aku kalah kali ni. Ee jahat korang!” tulisnya
Menerusi Rumah No 107 yang bersiaran Jumaat lalu, Diana mendedahkan dia hanya berkesempatan untuk merasai empat kenangan bersama bapanya.
Pendedahan itu dibuat Diana secara eksklusif menerusi program Rumah 107 yang dihoskan oleh aktor Khir Rahman.
Selain Diana, Rumah No 107 juga turut mengundang aktres Nabila Huda sebagai tetamu jemputan.
Rumah 107 juga turut dihoskan oeh Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.
Jangan lupa saksikan Rumah 107 setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.