Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Tak Pernah Nangis...Ni Symptom Tak Nak Kuruskan Badan" - Elfira Loy

Asraf Aided 21/10/2019 | 11:36 MYT
Pelakon Elfira Loy berkongsi tentang pengambilan makanan ketika berpantang.
Perkara itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.
Menuru Elfira, dia tidak pernah merungut jika kuantiti hidangan nasi yang disediakan untuknya sedikit.
"Tak pernah nangis sebab orang letak nasi sikit nak makan, haha. Ni dikira postpartum symptom ke ni symptom tak nak kuruskan badan," tulisnya sebagai kapsyen.
Di entri tersebut, Elfira berkongsi foto hidangan nasi, lauk dan buah-buahan.
Tambah Elfira, makanan ketika waktu berpantangnya itu sering disediakan oleh atuknya pada peringkat permulaan, kini ibunya pula yang mengambil alih.
"Semua makanan El awal-awal atuk El masak, sekarang mama dengan Kak Nurul yang masakkan," tambahnya.

tak pernah nangis sebab orang letak nasi sikit nak makan , haha . Ni dikira postpartum symptom ke ni symptom taknak kuruskan badan ? . Semua makanan el awal awal atuk el masak , sekarang mama ngan cl el kak nurul yang masakkan .

A post shared by 25 | ?? | (@elfiraloy) on

Elfira dan suami Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Rayan Khalaf pada 1 Oktober lalu.
#Elfira Loy
;