Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tak Pernah Paksa Solat Tapi Selalu Ajak” – Pandai Didik Anak, Ramai Yang Mahu Belajar Cara Farah Lee

Mya Amri
02/06/2021 04:57 MYT
Personaliti media sosial, Farah Lee mempunyai cara tersendiri mahu mengajar anaknya, Maream mendirikan solat.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Farah memaklumkan dia tidak pernah memaksa Maream mendirikan solat tetapi sering mengajaknya.

“Bangun-bangun nak solat subuh dengan omma, lepas tu ambik iqra nak baca. Farah tak pernah paksa Maream solat atau baca iqra. Tapi selalu ajak. Sebab saya tahu bila dorang buat sebab nak buat, baru ada 'hati'.

“Macam iqra ni, baru beberapa kali sahaja dia baca tapi cepat je ingat. Dan Farah terus fokus pada makhraj yang tepat. Solat pun sama, bila dia bersedia dia sendiri akan tanya macam mana nak buat, apa yang harus diungkapkan,” tulisnya.

A post shared by F. L. (@farahlee_)


Tambah Farah lagi, cara itu bukanlah kerana terlalu memanjakan Maream sebaliknya ia merupakan satu proses pembelajaran buat anak perempuannya.

“Hari itu masa bulan puasa, dia tiba-tiba nak hafal doa buka puasa. Dia minta Farah tulis dalam rumi atas kertas.

“Sebelum tidur dia baca ulang-ulang, bangun tidur esoknya terus cari kertas tu dan hafal lagi. Tak sampai sehari dia terus ingat.

“Hebat kan otak anak-anak bila kita bagi mereka ruang. Dia pun gembira sebab tak dipaksa-paksa, tengking-tengking. Jadi pembelajaran berlaku dengan lebih mudah dan efektif.

“Akan tiba satu tahap umur yang kena bertegas sikit, tetapi belum lagi. Bukan berlembut sangat, apatah lagi memanjakan, tapi sebab ia adalah satu proses. Dan rasulullah adalah orang yang terpaling meraikan proses ini,” coretnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji cara Farah mendidik anak selain menyatakan hasrat untuk mempraktikkan cara pembelajaran tersebut.

“Sebab follow kak Farah Lee adalah sebab nka belajar cara kak Farah didik anak. Sebab semua perkara perlu ilmu yang bagus,” tulis @momoland.01

“Selalu semak bagaimana @farahlee_ membesarkan Maream berdasarkan Islamic parenting, terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami,” komen @mugi_laksono

Farah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar namun berpisah pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang berusia 6 tahun 10 bulan.
#Farah Lee #Maream Esabel #Islamic Parenting
;