“Tak Pernah Post Pasal Cinta, Nak Kahwin Atau Gosip Dengan Lelaki” - Netizen Puji Heliza Helmi, Layak Diangkat Ikon Wanita

Azwa Rahman
Mei 23, 2021 12:36 MYT
Penyanyi dan pelakon Heliza Helmi mencuri tumpuan apabila ada warga Twitter yang mahukan dirinya diangkat sebagai ikon wanita dan belia negara.
Menerusi laman sosial tersebut, tular ciapan seorang pengguna yang berkongsi pendapatnya tentang keperibadian dan personaliti Heliza yang layak dijadikan contoh.
“HELIZA HELMI sepatutnya menjadi ikon wanita/belia di negara kita. Seorang wanita yang betul-betul memperjuangkan Islam.

HELIZA HELMI sepatutnya menjadi ikon wanita/belia di negara kita. Seorang wanita yang betul2 memperjuangkan Islam. Tak pernah nampak dia post psl cinta/nk kahwin. Even gossip dgn mana2 laki pon xpernah. She is a truly amazing girl♥ pic.twitter.com/QbNXZDoe7t

— Peguam Syarie Atikah (@Atikah10490) May 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tak pernah nampak dia post pasal cinta atau nak kahwin. Even gossip dengan mana-mana lelaki pun tak pernah. She is a truly amazing girl,” tulis pengguna tersebut.
Di ruangan balas, ramai wargamaya yang bersetuju dengan pendapat Heliza selayaknya diangkat dan dijadikan contoh oleh wanita-wanita lain.
“Heliza ni dari dulu lagi sentiasa ke depan dalam memperjuangkan Islam dan rakyat-rakyat ditindas di Palestin, Syria dan sebagainya. Semoga kekal istiqamah dalam perjuangan,” puji seorang wargamaya.
“Pernah dengar dulu dia kata tak nak kawin sebab nak berjihad untuk Islam. She’s one in a million,” kata seorang wargamaya.
“Yup kita patut bangga dengan Heliza 2 beradik dan MizzNina & Noh. Respect sebab diaorang taknak publisiti seperti yang lain suka menunjuk-nunjik.. Semoga Istiqomah! Amin,” tulis seorang wargamaya.
“Heliza Helmi dengan Mizz Nina je aku follow dekat IG. Aku adore dengan dorang. Arrtis lain memang aku tak pernah ambil tahu pasal dorang,” ujar seorang wargamaya.
“Moga Heliza terus berjihad dan kita sama-sama berusaha ke arah itu juga. Niat yang baik. Insyaallah. Moga lebih ramai wanita seperti ini,” luah seorang wargamaya.
“Heliza pernah nyatakan harapan dia untuk jadikan malaysia sebagai negara yang rakyatnya penuh dengan volunteers,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah menerima hampir 20,000 ulang ciap dengan 32,000 tanda suka daripada wargamaya.
#Heliza Helmi #Palestin #Ikon wanita