“Tak Pernah Raya Tak balik, Ni Dah Dua Tahun Dah…” - Tajul Kesian Ibu Rindu

Mya Amri
Julai 13, 2021 12:20 MYT

Penyanyi, Tajul memaklumkan dia sudah lama tidak bertemu dengan ibunya sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan.

Menerusi hantaran di akaun Instagram, Tajul memberitahu rutinnya sebelum ini dia sering pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.

Bagaimanapun sejak negara dilanda pandemik, dia terpaksa memendamkan hasrat untuk bertemu keluarga.

“Kesian ibu Tajul, rindu anak bongsu dia sampai throwback gambar dekat Facebook sejak dah lama tak balik kampung halaman, tak boleh rentas negeri.

“Tak pernah raya Tajul tak balik, ni dah dua tahun tak balik. Nanti dah boleh rentas negeri Tajul balik ya.

“Bawa baby boy tak dapat jumpa lagi dari lahir, dapat video call je sekarang. Hmmmmm sedih,” kongsinya.

Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adriana Carissa dan Adrian Rifqy yang dilahirkan pada 6 Mei lalu.

#Tajul #PKP #Ibu Rindu #Lama Tak Jumpa Ibu