"Tak Pernah Sangka Masuk TV...Kat Sekolah Pemalu Yakmattt!" - Fakhrul UNIC

Asraf Aided
Jun 3, 2020 11:53 MYT
Penyanyi nasyid dan pengacara, Fakhrul UNIC tak pernah menyangka dia akan bergiat dalam bidang seni kerana sangat pemalu ketika di zaman persekolahan.
Menurut Fakhrul, dia pernah menyertai pertandingan Akademi Al-Quran (AQ) sekali pada tahun 2006, namun menemui kekalahan.
Dia kemudian menyertai pertandingan itu sekali lagi pada tahun 2008 dan memperoleh kemenangan.
"Di sini bermula, tak pernah sangka nak masuk TV sebab kat sekolah pemalu yakmattt acah-acah.
"2006 kali pertama masuk AQ1, balik awal kalah, 2008 rezeki termenang AQ3 TV3," tulisnya di Instagram.
Tambah Fakhrul, dia kemudian menceburi bidang pengacaraan walaupun masih berasa kekok.
"Lepas dari itulah saya diberi peluang mengacara TV, kekok malu, rasa tebal muka, tersasul, lupa skrip dan macam-macam lagi, tapi dari situlah segala pengalaman belajar," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Fakhrul turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang pernag memberi tunjuk ajar ketika zaman awal pembabitannya dalam bidang penyiaran.
"Terima kasih buat semua sifu-sifu dalam industri penyiaran dan rakan-rakan produksi yang banyak sangat mengajar, tak pernah saya lupa dalam doa.
"Tak pernah saya rasa hebat pun, sampai sekarang masih banyak kena belajar," tulisnya lagi.
#UNIC #Fakhrul