Berita
"Tak Pernah Saya Terima Wang RM1,000" - Wani Comel Gembira Dapat Kirim Duit Ibu Di Kampung
Wanita yang mengalami masalah obesiti, Wani Comel meluahkan rasa teruja apabila dapat bertemu dengan pemimpin tempatan yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.
Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, dia berasa gembira apabila Noh yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu sudi meluangkan masa untuk berjumpa dengannya.
"Terima kasih Tan Sri Noh Omar sudi meluangkan masa bertemu Wani. Wani ucapkan banyak-banyak terima kasih @mynohomar
"Tak sangka beliau sudi luangkan masa berjumpa saya untuk bertanya khabar dan memberi sumbangan. @mynohomar bukan pemimpin, tapi negarawan," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Lebih mengharukan, kata Wani pada pertemuan tersebut, dia menerima sejumlah wang sumbangan daripada Noh yang disifatkan satu jumlah yang cukup besar diterimanya.
Katanya, pemberian tersebut benar-benar bermakna kerana wang tersebut mahu dikirimkan kepada ibu di kampung.
"Tak pernah saya menerima wang sejumlah RM1,000. Dapatlah saya kirimkan buat ibu di kampung. Itulah sebenarnya harapan saya untuk membantu keluarga.
"Insya-Allah saya yakin kesabaran dan dugaan yang saya lalui akan digantikan dengan kebahagiaan," katanya.
Terdahulu, kisah Wani mencuri tumpuan umum apabila terkait dengan kontroversi melibatkannya dengan seorang usahawan kosmetik.
Wani yang pernah mempunyai masalah berat badan mencecah 300 kilogram mendakwa dirinya dianiaya apabila tidak menerima sebarang faedah dan bayaran seperti dalam perjanjian dengan usahawan tersebut.
Must-Watch Video