Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tak Pernah Segembira Ini" - SM Faisal Dapat Hak Lawatan Anak

Amri Hassan
23/07/2018 12:01 MYT
Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin menzahirkan rasa gembiranya apabila mendapat hak lawatan ketiga-tiga anaknya, Fawwaz, Faiz dan Farhan.

SM Faisal menerusi akaun Instagramnya memanjatkan rasa syukur atas keputusan mahkamah yang diumumkan hari ini.

"Alhamdulillah. After years of never ending battle finally the court has decided and affirmed my visitation rights.

"Fawwaz, Faiz & Farhan now are able to see and spend time with me.

"I've never been happier. I am blessed. I am speechless," tulisnya bersama sekeping foto bersama anaknya.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. After years of never ending battle finally the court has decided and affirmed my visitation rights. Fawwaz, faiz & farhan now are able to see and spend time with me. I've never been happier. I am blessed. I am speechless. I would also like to take this opportunity to thank everyone that has helped and supported me all these while not forgetting my ex wife. I hope we can work things out for the better and balance life of @smf1f2f3 ? #alhamdulillah #syukur #family #silaturahim #daddysboys #myboys #loveyoulots #smf1f2f3 #sharewithsmf

A post shared by Faisal Nasimuddin (@faisalnasimuddin) on


SM Faisal turut berterima kasih dan mengharapkan kerjasama daripada pihak bekas isterinya, Emilia Hanafi.

"I would also like to take this opportunity to thank everyone that has helped and supported me all these while not forgetting my ex wife.

"I hope we can work things out for the better and balance life of @smf1f2f3," tambah Faisal berserta hashtag #silaturrahim.

Namun, hak jagaan penuh diberikan kepada Emilia selepas tiga tahun proses turun naik mahkamah.

Hampir 3 tahun yang lalu, bekas suami telah failkan kes di Mahkamah Tinggi Syariah untuk dapatkan hak jagaan ke atas anak-anak. Selepas bertarung hampir 3 tahun di Mahkamah, akhirnya pada hari ini Mahkamah telah pun memberikan HAK JAGAAN PENUH kepada saya. Syukur, Alhamdulillah Kes nafkah anak-anak masih belum selesai. Perjuangan perlu diteruskan. Moga dipermudahkan.. #Permudahkanlah #ForTheVoiceless #Alhamdulillah❤️ #WeWonToday #5BigWinsForUsInOneWeek #NextCourtDate30Jul

A post shared by Emilia Hanafi ? (@emiliahanafi) on


SM Faisal dan Emilia telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada Mac 2016.

SM Faisal merupakan anak sulung kepada pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @faisalnasimuddin
#Emilia Hanafi #Naza World Group #SM Faisal Nasimuddin
;