Berita
"Tak Pernah Tak Lawak!" - Cik Manggis Kongsi Foto Pakai Baju Melayu Bikin Netizen Terhibur
Penyanyi dan anggota kumpulan De Fam, Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin berkongsi foto dia memakai sepasang baju melayu berserta songkok.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Ni yang malas pakai baju melayu ni, bukan apa, handsome," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat keletah Cik Manggis dalam gambar tersebut.
"Handsome, kelakar lah Cik Manggis ni.
"Tak pernah tak lawak.
"Yo bro," tulis netizen.
Cik Manggis mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2015 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini menerusi kumpulan De Fam.