Pelakon Hairul Azreen membuat nukilan istimewa sempena dengan ulang tahun kelahiran isteri kesayangannya, Hanis Zalikha yang ke-29.

Hairul menulis ucapan manis itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.

Menurut Hairul, dia bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang memahami dan sentiasa menjadi pembakar semangat buat dirinya.

“Happy birthday to my wife, @haniszalikha. Tak sangka inilah wajah isteri saya dari zaman kawan, bercinta, tunang dan sampailah dah ada Yusuf & Alisa, Haaaa (Jibu).

“Tak pernah pun terfikir dapat isteri secantik ayang, tiap malam kita sembang macam zaman baru bercinta walhal dah hampir 5 tahun kita kahwin.

“Selalu beborak betulkan salah silap kita berdua, salah silap kita dengan keluarga, salah silap kita dengan kawan-kawan, dengan kerjaya.

“Tak pernah jemu pandang dan sembang dengan ayang, hehe I tahu lah I yang paling manja selalu mengadu pasal shooting, I nak buat itu I nak buat ini dan ayang setia mendengar lepas itu bagi pendapat yang terus I rasa nak peluk kuat-kuat hehe.

“HANIS ZALIKHA ayang lah buat I jadi kuat untuk berjaya. Ermmm tak tahu nak cakap apa lagi hehe rasa malu pulak tulis macam ni, tapi terima kasih jadi mak kepada anak-anak kita, semoga ayang panjang umur dan Insya-Allah sama-sama kita bawa keluarga ke Jannah dengan izin Allah,” tulisnya.

Happy birthday to my wife, @haniszalikha Tak sangka inilah wajah isteri saya, dari zaman kawan,bercinta, tunang & sampai lah dah ada Yusuf & Alisa , HAaaa ( Jibu ) ? takpernah pun terfikir dapat isteri secantik ayg, tiap2 malam Kita sembang mcm zaman baru bercinta walhal dah hampir 5 tahun kita kahwin, selalu beborak betulkan salah silap kita berdua, salah silap kita dgn keluarga , salah silap kita dgn kawan2 , dgn kerjaya tak pernah jemu pandang & sembang dgn ayg , hehe i tau la i yg paling manja selalu mengadu pasal shooting i nak buat itu i nak buat ini n ayg setia mendengar pastu bagi pendapat yg terus i rasa nak peluk kuat2 hehe HANIS ZALIKHA ayang lah buat i jadi kuat utk berjaya ???? ermmmm tak tau nak ckp apa lagi hehe rasa malu plak tulis mcm ni, tp terima kasih jadi mak kepada anak2 kita, semoga ayg panjang umur & InsyaAllah sama2 kita bawa Keluarga ke jannah dgn izin Allah

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on


Terdahulu, Hanis dan Hairul telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aishah.