Hiburan
“Tak Pernah Terjumpa Dekat ABP, ASK Ke, Tahu- Tahu Jodoh,” – Pureri Sarah Liyana
Pelakon Puteri Sarah Liyana akui berasa sedih setiap kali menonton kembali video pernikahannya bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Menurut Sarah, dia juga tidak menyangka jodohnya bersama dengan Syamsul memandangkan dia hanya mengenali pengarah itu menerusi televisyen.
“#sajathrowback. Ini bukan my anniversary, everytime tengok video nikah sendiri nak nangis. A very emotional day that day.
“Semua nangis haritu. Ternampak @fadzainuddin nangis for the first time @sofiamegat paling over menangis.
“@syamsulyusoffilm denggi masa tu sampai terpikir nak nikah kat hospital je. @sudyrtahir siap kirim ubat denggi masa kat masjid.
“Dugaan... Tapi kami berjaya dengan kuasa Allah. Siapa tahu, jodoh kami kuat. Selama ni kenal @syamsulyusoffilm tengok kat TV je.
“Tau dia ni pengarah termuda in Malaysia. Takut. Tak pernah terjumpa kat ABP, ASK ke, tau-tau jodoh.
“Jodoh itu rahsia Allah. Cinta kerana Allah. 6 years knowing you, loving u until jannah. Now we have Syaikhul Islam and… (cuba teka girl or boy).
“Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
“Ya Allah… Indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu.
“Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia. #shamsulsarahsyaikhul,” tulisnya di akaun Instagram.
Sehingga kini video yang dimuat naik di akaun Instagramnya itu menerima lebih 400,000 tontonan.
Manakala komen-komen yang diberikan juga rata-ratanya mendoakan kebahagiaan keluarga mereka dan juga kesihatan anak di dalam kandungannya.
Foto: Instagram @puterisarahliyana
Must-Watch Video