Hiburan
"Tak Pernah Terlintas Dalam Fikiran Untuk..." - Betty Rahmad Tak Mahu Jual Populariti Anak
Pelakon dan usahawan Betty Rahmad akui tidak pernah terlintas dalam benak fikiran untuk membuat anaknya, Ardy Wira Ardy Shafiq untuk menjadi terkenal.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Betty, Dia tidak pernah terfikir untuk menjadikan Ardy Wira popular, mempunyai ramai pengikut di media sosial dan ditampilkan sebagai muka depan majalah, sebaliknya dia hanya mendoakan kebaikan untuk kehidupan anaknya itu.
"Tak pernah terlintas dalam fikiran atau ada niat bila ada anak nanti nak buat Instagram untuk dia, nak bagi dia famous, nak dia ada ramai followers, nak jadi cover magazine atau sebagainya.
"Tapi yang pasti dari awal pregnant hingga saat ini, saya dan suami selalu bayangkan, fikir dan doa yang terbaik untuk anak kami.
"Dia akan ada kehidupan yang selesa dan lebih baik dari Mommy & Daddy, ramai orang akan sayang, selalu tolong orang, sentiasa buat orang sekeliling dia happy, charming, talented, bijak dan berjaya dunia akhirat," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan mendoakan kesejahteraan buat Betty sekeluarga.
Imbas kembali, Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Must-Watch Video