Viral
"Tak Pernah Tuisyen, Aktif Sukan, Jarang Belajar" - Jabir Meftah Dapat 9A SPM, Ini Rahsianya ...
Peserta Hero Remaja 2020, Jabir Meftah punyai resepi kejayaannya sendiri apabila pernah mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini.
Kata Jabir, dia tidak pernah mengikuti kelas tambahan (tuisyen) mahupun rajin belajar tetapi punyai cara sendiri untuk kekal cemerlang dalam pelajaran.
"Saya tak pernah ke kelas tuisyen, aktif bersukan dan jarang belajar untuk peperiksaan. Saya bukanlah dikurniakan bakat tertentu tapi ada cara sendiri untuk sampai ke menara gading.
"Ingat, semuanya sudah dirancang jadi tak perlu nak tertekan. Berikan sehabis baik dan serahkan pada-Nya," katanya.
Berikut merupakan tips kejayaan Jabir:
1. First Impression
"Kita selalu dengar dari senior subjek itu susahlah, lepas tu rasa down dan hilang semangat untuk belajar.
"Ini paling bahaya sebab akan jatuhkan moral sebelum mula belajar lagi.
"Jadi, caranya angguk saja bila senior kata susah dan anggap mereka tak pandai. Letak ego sikit dalam diri.
"Biasanya senior pandai akan cakap senang je subjek itu," katanya.
2. Respek
"Ramai pelajar ambil remeh bab ini padahal ia paling penting. Orang berjaya selalu hormat guru.
"Sebab dia ada ilmu yang kita nak. Tak kira apa jadi, hormat cikgu dan dengar perkataan yang dia cakap," saran Jabir.
3. Maintain Result
"Sekarang korang dah jadi budak gifted yang tak study tapi score exam, untuk kekal korang kean cari scorer lain yang lagi tinggi dan berlawan dengan dia.
"Bandingkan kertas peperiksaan," tambah Jabir.
Alhamdulillah dengan izinNya I got 9A’s for my SPM
Here’s a thread on how I managed to get good grades even though I never went to tuitions, was active in sports and barely studied for my exams
I’m not gifted, cara ni berkesan sampai ke university: pic.twitter.com/sK4ACIhf6b— J (@JabirMfth) March 5, 2020
Walau apapun keputusan peperiksaan anda, jangan putus asa dan teruskan berjuang. Gagal hari ini tak bermaksud gagal selamanya.
Jangan lupa untuk menyaksikan perjalanan Jabir dalam Hero Remaja 2020 pada setiap Khamis, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Program tujuh episod yang telah pun memulakan siarannya pada 27 Februari lalu itu menampilkan Scha Alyahya dan Datuk Hans Isaac sebagai juri dan Ain Edruce sebagai hos.
Hero Remaja juga boleh ditonton menerusi Astro Go dan on demand.
Must-Watch Video