Tak Pilih Rupa, Netizen Puji Manisnya Perkahwinan Gadis Melayu Dengan Lelaki Kacukan Chinese-British
Mya Amri
29/06/2020 13:20 MYT
29/06/2020 13:20 MYT
Kisah menarik pasangan berlainan kaum dan agama yang baru sahaja berkahwin yang dikenali sebagai Nina dan Hayden menjadi tular baru-baru ini.
Difahamkan, gadis tersebut merupakan warganegara Malaysia manakala suaminya pula kacukan Chinese British.
Menerusi laman YouTube, pasangan ini juga turut berkongsi detik pertemuan dan kisah percintaan mereka.
Pasangan yang melanjutkan pengajian University of Winchester, United Kingdom ini kemudiannya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan selama 5 tahun pada penghujung 2019.
Nina juga memberitahu mereka mengambil keputusan untuk membuka akaun YouTube (HaydenToNina) untuk berkongsi pengalaman dan kisah mereka mengenai perkahwinan campur.
Nina juga menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya menyatakan rasa terkejut sebaik sahaja mengetahui kisah mereka tular di Malaysia.
“Kami menjadi tular di Malaysia. Hi semua, agak sukar untuk kami bercakap mengenai perkara ini di hadapan kamera dan kami juga tertanya-tanya adakah apa yang kami lakukan ini salah atau tidak.
“Kami memulakan YouTube pada asalnya hanya kerana mahu berkongsi kegembiraan dan keseronokan bersama anda semua tentang perjalanan kisah kami.
“Kami harap anda semua memahami bahawa kami berdua juga adalah manusia dan mempunyai perasaan. Terima kasih atas sokongan anda dan kami sangat-sangat menghargainya,” tulisnya.
Di sini Gempak kongsikan foto-foto sweet pasangan Nina dan Haydeen.