Akhirnya sekeping foto majlis perkahwinan pelakon Raja Ilya dan usahawan kelahiran Australia yang dikenali sebagai Trent didedahkan!

Menerusi Instagram milik pereka fesyen Raffiey Nasir, pasangan itu dilihat secocok mengenakan busana pengantin berkonsep moden rekaannya.

"Close Wedding reception. A big congratulations to @rajailya & Trent!

"New life chapter begins! All the best! Cant wait to see ur junior! I'm soooo looking forward to ur main wedding recep! Dress by @raffieynasir @raffieynasirofficial," tulisnya.



Sebelum ini Raffiey hanya memuat naik sekeping foto pelakon itu dari sudut pandangan belakang berserta ucapan tahniah atas majlis pernikahan yang berlangsung pada 23 Disember lalu.

Sebelum itu pun Raffiey turut memuat naik teaser busana pengantin yang difahamkan milik Raja Ilya.

Pelakon filem Appalam itu telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama Trent dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat di Perth, Australia.

Raja Ilya dan Trent telah berkenalan sejak 2012 dan mengesahkan sudah bertunang pada awal November lalu.

Kini, pasangan itu difahamkan sedang berbulan madu di Rottnest Island, Australia.