Aktor Stephen Chow sedang berada di titik paling bawah dalam hidupnya kini. Chow yang digelar King of Comedy kini berdepan dengan masalah kewangan yang cukup kronik.

Menurut laporan media antarabangsa, Chow atau nama lengkapnya, Stephen Chow Sing Chi disaman sebanyak RM37 juta oleh bekas kekasihnya, Alice Yu.

Manfung telah memfailkan saman terhadap bintang Kung Fu Hustle itu selepas gagal mendapat komisen penjualan kediaman mewah mereka di hong Kong dan kes akan didengar di mahkamah Hong Kong pada bulan depan.

Dalam tuntutannya, Alice mendakwa dia yang dilantik sebagai penasihat kewangan dan membantu Chow dalam bidang pelaburan dan seharusnya menerima gaji bulanan hanya menerima bayaran sebanyak RM5 juta sebagai wang pampasan.


(Bekas kekasih Stephen Chow, Alice Yu)

Padahal Chow dan Alice yang bercinta selama 13 tahun telah berpisah pada 2010.

Selain berdepan saman sebanyak RM37 juta, Chow yang sudah mengalami krisis kewangan sejak tahun 2012 juga dilaporkan bakal menjadi muflis.

Itu adalah kerana bisnes pelaburan dan kerjasama dengan beberapa individu yang membangunkan bersama rumah produksi miliknya, Star Overseas hanya memperoleh RM300 juta dalam tempoh tiga tahun.

Malah filem terbitan rumah produksinya, Chow's The Mermaid 11 juga gagal ditayangkan sekarang kerana pandemik Covid 19. Itu menambahkan krisis kewangan yang dialami Chow sehingga dia dikatakan tidak akan mampu membayar semua hutang yang ditanggung.

Kredit Foto: Thatsmags.com, todayonline