Filem Jebat yang menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose terus menerima pelbagai respons positif dalam kalangan penonton.

Rata-rata mereka yang sudah menyaksikan filem tersebut mengakui tidak puas menonton filem berdurasi 95 minit itu.

BACA: "Best! Dah 10 Kali Tengok!" - Ramai Suka Ulang Tonton Filem Jebat Berkali-Kali..Memang Layan!

Ini kerana ramai yang sudah tangkap 'layan' dengan aksi manja, lucu dan sweet antara Jebat dan Mastura.

Atas sebab itu jugalah, ada penonton yang sanggup melanggan filem tersebut berhari-hari biarpun setiap pembelian sudah boleh diulang tonton selama 48 jam.

"Terbaik Sharnaaz. Best! Dah langgan 480..macam tak puas, kena langgan lagi ni.

"Terbaiklah bang. Dua kali dah beli. Layan tak henti.

"Dua kali beli. Tak pernah jemu tengok dua orang ni," komen sebahagian penonton.



Sebelum ini, filem Jebat berjaya mencatatkan kutipan RM1.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan sahaja.

BACA: Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan, Memang Padu!

Filem Jebat yang diangkat daripada drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta mula menemui penonton sejak 3 September.

BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat

Jika anda ingin ambil 'mood' Jebat, boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

Jadi, tunggu apa lagi, jom saksikan filem Jebat di pawagam rumah anda menerusi Astro First di saluran 480.

Dengan pembelian hanya RM15, penonton berpeluang menonton berulang kali dalam tempoh 48 jam.

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

“Sumpah tak bosan, kelakar gileeee la?” Wahh meriah betul korang yang dah tengok filem Jebat ye.. Yang lain bila nak tengok? Jangan lupa share review korang pulak okay! JEBAT KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! Anda juga boleh menonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta di gempak.com/video atau di On Demand! @penacreativepictures @khanmancungr @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on