Filem Butak terus menjadi buah mulut penonton dan pengkritik karya seni, namun apa yang mengagumkan ramai yang berkongsi kisah apabila menontonnya lebih daripada sekali.

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, rata-ratanya memuji jalan cerita dan mesej cuba disampikan sutradara, Sabri Yunos.

Malah, kebanyakan mereka sepakat mengatakan Butak antara filem yang penuh wajib ditonton ketika ini.

“Best la cerita Butak ni dua kali dah ni repeat tengok nasib lah astro first expired dua hari,” kata seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Saida.

“Ha Butak ni confirm berbaloi RM 15 korang. Hebat filem ni, background Tanah Melayu tahun 1968, serious.” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Butak bukan filem biasa, karya Sabri Yunos kali ni mahal macam karya dia sebelum-sebelum ni, dua kali juga aku tengok,” kata seorang netizen.

Anda boleh lihat antara pujian dan kritikan tersebut di bawah.

Filem Butak secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.

Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.

Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.

Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Jangan lupa untuk menonton filem Butak di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.