“Tak Puas Ulang Banyak Kali, Best Lagu Ni” - Sharul Kamal Tampil Dengan Maaf

Mya Amri
Jun 19, 2020 05:05 MYT
Penyanyi dan pelakon Sharul Kamal tampil dengan single terbaharunya berjudul Maaf.
Single kelima penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2015 ini merupakan ciptaan composer Hang Nadim manakala lirik pula ditulis oleh Hang Nadim dan Bunga Cantik.
Sharul juga turut berkongsi sedutan lagu Maaf menerusi posting terbahari di akaun Instagram miliknya hari ini.
“Bismillahirahmanirrahim Akhirnya!! Lagu baru dari Sharul Kamal. Single yang ke 5. Dah ada dekat semua digital platform seperti yang tertera di atas.
“Visualnya akan ditayangkan tak lama lagi untuk anda. Boleh subscirbe dulu youtube channel @rnr_officialpage,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya menyukai dan memuji lagu tersebut.
“Bila dengar lagu ni rasa meremang. Sumpah padu, cukup ngam dengan citarasa warga malaysia. Sedap di dengar,” komen @firdausmurad
“Masa pertama kali dengar je dah jadi favourite lagu saya, nice sangat,” puji @hairun.n_
Terdahulu, Sharul pernah tampil dengan single berjudul Cantik yang menjadi runut bunyi drama Senafas Rindu.
#Penyanyi #Penyanyi #Sharul Kamal