Hiburan
Tak Ramai Kawan Antara Ciri-Ciri Wanita Pilihan Nadhir Nasar - “Saya Suka Bila Perempuan Itu Macam Ganas Sikit Sebab…”
Tular video memperlihatkan beberapa rakaman pelakon Nadhir Nasar berkongsi ciri-ciri wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya.
Memahami & tak beri tekanan
Menerusi perkongsian di TikTok @fansnadhir, pelakon itu berkata dia mahu seorang wanita yang memahami kerjayanya tanpa memberi tekanan pada dirinya.
“Perempuan yang ideal… dia faham aku, faham dengan karier aku, dia tahu apa aku buat, dia tak pushy sangat… tak pressure aku,” kongsi Nadhir.
Malah, pelakon drama siri Project: High Council ini juga tidak kisah sekiranya pasangannya sentiasa menghantar mesej setiap hari namun bimbang dirinya tidak berkesempatan untuk membalas.
ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Abang Dukung Ke?” - Tular Gelagat Nadhir Nasar Layan Kanak-Kanak, Netizen Pula Yang Jatuh Hati
ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar Banyak Belajar Dari Artis Veteran, Mahu Berlakon Dengan Eman Manan – “Saya Idolakan Dia”
“Aku okay kot, tapi kalau aku tak balas dia pula tak okay,” katanya lagi.
Rendah diri
Dalam klip lain pula Nadhir mendedahkan dia lebih memilih wanita yang tidak mempunyai ramai kawan selain mempunyai sifat rendah diri.
“Tak ada banyak kawan… aku minat orang yang tak ramai kawan. Bukan lonely, dia ada kawan tapi dia tak ramai kawan. Dia lowkey (rendah diri),” katanya.
Wanita ganas
Selain suka yang bertudung, pelakon berusia 28 tahun ini juga mahu seorang wanita yang mempunyai sifat tegas dan berani.
“Saya suka perempuan yang bertudung. Saya suka bila dia ada sikap macam sedikit ganas. Saya suka bila perempuan itu macam ganas.
“Sebab mungkin diri saya sedikit lembut. Jadi saya suka perempuan itu ganas sikit, it’s kinda vice versa. Saya suka boyish type of girl,” ujarnya.
@fansnadhir31 perempuan ideal Nadhir Nasar #nadhirnasar #nadhirnasar💜 #nadhir #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypp ♬ bunyi asal - fansnadhir
Must-Watch Video