Laman Utama
“Tak Rasa Sakit Langsung” - Bersalin Secara Pembedahan, Chryseis Tan Kongsi Pengalaman Melahirkan Anak
Usahawan dan isteri kepada ahli perniagaan SM Faliq Nasimuddin, Chryseis Tan berkongsi pengalamannya melahirkan anak perempuan secara pembedahan.
Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis turut memuat naik dua foto bersama suami dan anak, Arianna Kyla Tan yang baru dilahirkan untuk tatapan umum.
“Jadi, ramai yang tanya sama ada saya melahirkan anak secara normal atau C-section. Inilah pengalaman bersalin saya, Arianna merupakan bayi songsang dan cara paling selamat untuk melahirkannya adalah melalui C-section walaupun saya berharap dapat bersalin secara normal.
“Saya gementar untuk dibedah namun ia perlu dilakukan. Kami check-in ke Hospital Pantai dan esoknya saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Epidural dilakukan dan saya merasa kebas dari pinggang ke bawah.
“Dalam keadaan sedar saya sudah berada di dalam bilik pembedahan dengan Faliq berada di sebelah, lagu cinta klasik 70-an dimainkan dan Arianna berjaya dikeluarkan dan ditunjukkan kepada kami.
“Kepada yang bertanya adakah saya berasa sakit, saya tidak merasa sakit sehingga ke hari ini (walaupun sedikit tidak selesa bila perlu berjalan buat pertama kali selepas dibedah).
“Saya takut sebelum dibedah dan nampaknya is berjalan dengan sangat lancar. Kalau saya boleh buat, saya yakin anda semua boleh. Saya berharap pengalaman seterusnya juga akan sama seperti yang ini.
“Saya masih tak percaya saya seorang ibu sekarang tetapi inilah permulaan kepada kehidupan baru saya dan Faliq, alhamdulillah,” tulis Chryseis sebagai kapsyen.
Arianna Kyla Tan dilahirkan pada 16 Julai lalu dengan berat 2.9kg.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan usahawan, sosialit dan wargamaya memberikan ucapan tahniah kepada Chryseis.
Imbas kembali, pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang.
Must-Watch Video