Laman Utama
“Tak Rasa Sia-Sia Ke?” – Nora Danish Bercuti Tapi Netizen Sakit Mata Sebab Baju, Dikaitkan Dengan Khatam
Pelakon Nora Danish kini sedang menikmati percutian bersama keluarganya di Pulau Langkawi.
Nora juga turut berkongsi beberapa foto cantik percutiaan di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian netizen bukanlah lokasi percutian sebaliknya baju yang digayakan oleh aktres cantik itu.
Netizen seolah-olah ‘sakit mata’ melihat pemilihan pakaian yang digayakan Nora.
Semuanya gara-gara Nora menyarungkan baju yang menampakkan sedikit bahagian perutnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur teguran kerana menyifatkan imej Nora tidak manis dipandang orang ramai.
Malah ada juga yang mengaitkan imej itu tidak bersesuaian selepas Nora berjaya khatam Al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini.
Namun ada juga yang memuji Nora kelihatan cantik walaupun sudah bergelar ibu.
BACA: “Sedekahkan Pada Arwah Papa...” - Sebak! Nora Danish Menangis Teresak-Esak Berjaya Khatam Al-Quran
Terdahulu, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan putera sulung, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari 2018.
Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.