Hiburan
“Tak Recover Dengan Baik Tapi Ada Perubahan Positif” – Sharnaaz Ahmad Jemput Solat Hajat Untuk Jebat Jayden
Pelakon Sharnaaz Ahmad menjemput orang ramai hadir untuk melakukan solat hajat buat anaknya, Jebat Jayden Ahmad malam ini.
Menurut Sharnaaz, solat hajat itu dilakukan dengan tujuan untuk memohon dan mendoakan kesejahteraan serta kesembuhan Jebat selepas menjalani pembedahan.
“Sesiapa yang free dan berdekatan boleh jemput hadir di masjid asy-syakirin (KLCC) malam ini, selepas solat tarawikh lebih kurang jam 10 lebih.
“Dijemput solat tarawikh bersama… Sama-sama membantu di bulan mulia ini. Untuk yang belum tahu, Jebat kena UTI dan ada block di salur kencing dia.
“Dah selesai jalani operation. Namun tak recover dengan baik tapi syukur sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari,” tulis Sharnaaz menerusi akaun Instagramnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatan Jebat dan tidak berhenti mendoakan anaknya.
Terdahulu, Jebat Jayden dilaporkan mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).
Sharnaaz dan kakak kepada pelakon Neelofa, Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 30 Ogos tahun lalu.
Foto: Instagarm @sharnaazahmad