“Tak Respon Langsung Even Cucuk Perut…”- Eyra Hazali Berdepan Detik Cemas, Bakal Bersalin Tak Lama Lagi
Pelakon Eyra Hazali mengucapkan rasa syukur apabila kondisi anak di dalam kandungannya kembali normal seperti sediakala.
Berkongsi detik cemas yang dilaluinya, Eyra memaklumkan bahawa anaknya tidak bergerak menyebabkan dia terus bergegas ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
“Alhamdulillah dah discharged. Pergi hospital sebab baby tak respon langsung even Eyra cucuk-cucuk perut dan area ari-ari sakit sangat,” coretnya menerusi ruangan Insta Story.
Bagaimanapun kata Eyra, kondisi anaknya semakin baik dan mengucapkan terima kasih atas doa yang diberikan.
“Alhamdulillah baby okay cuma baby now besar dua minggu dan Eyra ada contraction sikit. Dah cucuk Dexa, hopefully baby tunggu lama sikit baru keluar.
“Terima kasih atas doa-doa semua dan teruskan doa ya untuk mama dan baby,” maklumnya.
Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish.