Hiburan

Tak Sabar Bergelar Ibu, Mila Jirin Seronok Rasa Pergerakan Bayi

gempak
Mya Amri
06/02/2017
13:28 MYT
Sponsor Banner
Tak Sabar Bergelar Ibu, Mila Jirin Seronok Rasa Pergerakan Bayi
Penyanyi Mila Jirin berasa seronok apabila dapat merasai sendiri pergerakan bayi di dalam kandungan yang kini memasuki enam bulan.
Menurut Mila, perkara itu membuat dia berasa lega kerana itu merupakan petanda anak sulungnya berada dalam keadaan sihat.
“#MommyToBe pun nak selfie dengan #BabyBump #Baby active #Alhamdulillah seronok sangat bila baby #kickboxing kat dalam tu **bercahaya perutku effect dari lighting,” tulisnya menerusi entri terbaru yang dimuatnaik olehnya semalam.
Dalam pada itu, Mila juga menyatakan rasa tidak sabar untuk mendukung anaknya sendiri melalui posting yang dimuatnaik bersama foto Ultrasound bayi minggu lalu.
“#AnugerahTerindah #TerimaKasihALLAH, My Baby are busy! #Kicking & #Moving #Mommy TAK SABAQ nak hold you darling!!!!,” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen Mila dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan supaya dipermudahkan segalanya ketika bersalin nanti.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024