Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Filem

Tak Sabar… Filem Hebat Indonesia, Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini Bakal Muncul Di Kaca TV Anda!

Zulaikha Yusof 16/04/2020 | 08:20 MYT
Umum mengetahui bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan berakhir pada 28 April ini.
Susulan pelaksanaan itu, semua panggung wayang di negara ini mengeluarkan notis penutupan operasi bagi mematuhi arahan tersebut.
Oleh sebab itu, hampir keseluruhan filem yang djangka tayang tahun ini membuat keputusan untuk menangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
Filem Indonesia, Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) tidak terkecuali daripada terkena tempias pelaksanaan terbabit.

Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini filem pertama dibawa terus ke rumah anda! Wahhh dalam tempoh PKP ni rindu nak tengok filem di pawagam. Tapi sekarang tak payah tunggu dan boleh tengok kat Astro First di saluran 480 dan On Demand bermula 23 April nanti. . Utamakan keluarga dan semoga terhibur bersama kami di rumah #NantiKitaCeritaTentangHariIni #SetiapKeluargaAdaRahsia #NKTCHI #DudukRumah #StayHome #KekalTenang #BePositiveStayNegative #AstroFirst

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Untuk makluman, filem genre drama keluarga ini merupakan karya nombor 1 terlaris di Indonesia tahun 2020 dengan 2.2 juta penonton di pawagam.
Naskhah ini diadaptasikan dari buku best selling Indonesia dengan judul yang sama iaitu NKCTHI.
Namun jangan risau, untuk penggemar di Malaysia, NKCTHI merupakan filem pertama yang dibawa terus ke rumah anda!
Memandangkan PKP ini kita hanya berada di rumah, semestinya pelbagai kerenah ahli keluarga dapat dilihat. Keluarga anda pula bagaimana?
Begitu juga dengan keluarga Narendra. Keunikan karakter setiap ahli keluarga Narendra ini boleh ditonton menerusi filem ini.
Penonton bakal menyelami setiap karakter NKCTHI menerusi lakonan hebat oleh pelakon dari filem romantis popular ‘Heart’, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala), Oka Antara (The Raid 2), Shiela Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan) dan ramai lagi.
Lebih menarik, naskhah ini adalah hasil garapan dari pemenang pengarah terbaik di dua festival Indonesia, Piala Citra dan Piala Maya menerusi filem Cahaya Dari Timur: Beta Maluku iaitu sutradara Angga Dwimas Sasongko.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha), Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Sebelum ini Astro Shaw bergiat cergas bekerjasama dengan pengiat Indonesia dengan memasarkan filem seperti Bumi Itu Bulat dan Dua Garis Biru di Malaysia.
Jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di saluran 480 bermula 23 April ini. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Filem #Filem #Nanti Kita cerita Tentang hari Ini
;