"Tak Sabar Nak Habiskan Shooting" - Sophia Albarakbah Rindu Nak Berkuda Semula
Sejak namanya kecoh disebabkan beberapa kontroversi yang timbul, apa sahaja perkongsian yang dimuat naik pelakon Sophia Albarakbah pasti akan menjadi perhatian.
Terbaharu, aktres berusia 29 tahun itu berkongsi sekeping gambar di Instagram Stories miliknya dengan meluahkan rasa rindu pada hobinya iaitu menunggang kuda.
Sophia yang difahamkan ketika ini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama mengatakan dirinya tidak sabar untuk menghabiskan penggambaran tersebut agar dia dapat melakukan aktiviti kesukaanya iu.
“Rindu menunggang kuda, tak sabar nak habiskan shooting,” tulisnya pada perkongsian tersebut.
Menerusi tinjuan gempak, Sophia sebelum ini gemar berkongsi momen dia ketika melakukan aktiviti tersebut kepada pengikutnya di laman Instagram.
Terdahulu, nama Sophia menjadi bualan ramai selepas pelakon Bella Astillah membuat pendedahan bahawa ada seorang ‘heroin’ drama mengakui tersuka dan jatuh cinta kepada suaminya, Aliff Aziz.
Tidak lama kemudian, Bella mengesahkan bahawa ‘heroin’ yang dimaksudkan ialah Sophia.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.