Laman Utama

“Tak Sabar Nak Jumpa Kamu” - Tahniah, Dah 6 Bulan! Zahirah Macwilson Hamil Anak Sulung

gempak
Hanafis Haris
01/09/2020
12:46 MYT
Sponsor Banner
“Tak Sabar Nak Jumpa Kamu” - Tahniah, Dah 6 Bulan! Zahirah Macwilson Hamil Anak Sulung
Pelakon cantik, Zahirah Macwilson mengesahkan dia sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan Aiman Hakim Ridza.

Zahirah mengumumkan berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut Zahirah memuat naik gambar keadaan bayi menerusi imbasan ultrasound.

“6 bulan membesar anak kecil kami.

“Ibu dan ayah tak sabar nak jumpa kamu,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Zahirah dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Selain peminat, rakan artis juga tidak ketinggalan memberi kata-kata positif dan antara yang kelihatan termasuklah Eyra Hazali, Lisa Surihani, Elfira Loy, Aeril Zafrel dan ramai lagi.

Anda boleh lihat posting penuh Zahirah di bawah.

Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live