Tak Sabar Nak Main Ski, Dua Tahun Berturut-Turut Ning Baizura Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Di Jepun

Badrul Hashim
Januari 31, 2019 07:43 MYT
31 Januari bukan sahaja merupakan tarikh perkahwinan Ning Baizura bersama Omar Sharif Christopher Dalton, tetapi juga tarikh lahir cahaya mata mereka, Ryan Sky.
Hari ini Ning dan Chris menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun, serta hari lahir Ryan yang ke-6 tahun.
"Happy birthday son, today you are officially 6 years old. Alhamdulillah. What a blessing and joy you have brought into our lives," tulis Ning untuk anaknya.
"It is also our 11th Wedding Anniversary today as well. I love you so much Daddy. We have pulled through so much and I love you unconditionally," sambung Ning lagi untuk suaminya.
Ning turut berterima kasih kepada suaminya kerana membawa mereka bercuti ke Jepun dan menjadi satu tradisi sejak tahun lalu.
"So we will leave tonight and looking forward to the skiing again. Syukur, Syukur Alhamdulillah," tulis Ning teruja.
Daripada Gempak untuk Ning dan Chris, kami ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-11, dan tak lupa juga selamat hari lahir yang keenam buat Ryan.
#Ning Baizura