Tak Sabarnya! Konsert Dream Collaboration Bawakan Nidji & Budi Doremi Satu Pentas, Aisha Retno Jadi Artis Undangan
Mya Amri
15/03/2023 02:13 MYT
15/03/2023 02:13 MYT
Bagi mengubati kerinduan peminat, kumpulan terkenal Indonesia, Nidji dan penyanyi, Budi Doremi bakal membuat persembahan hebat di Kuala Lumpur konsert Dream Collaboration.
Konsert yang dianjurkan oleh Inspire itu merupakan kolaborasi pertama antara Nidji dan Budi di atas satu pentas.
Lebih istimewa lagi, penyanyi Aisha Retno turut diundang sebagai artis jemputan untuk berkongsi pentas bersama mereka.
Nidji yang popular dengan lagu ‘Hapus Aku’ menzahirkan keterujaannya untuk kembali beraksi dan akan menampilkan lagu baru seperti Wadoow, Abu-Abu dan Segitiga Cinta.
“Untuk melepas rindu bagi para penggemar, Nidji akan kembali menghibur para Nidjiholic setelah sebelumnya hadir di Malaysia pada tahun 2019.
“Nidji juga sempat melancar ulang lagu ‘Bila Aku Jatuh Cinta’ dengan susunan baru, iaitu dengan menambahkan sentuhan saksofon yang menghanyutkan,” ujar Rama mewakili kumpulan Nidji.
Manakala Budi yang mula dikenali ramai menerusi lagu popularnya, ‘Tolong’, turut antusias dan kini sedang membuat persiapan rapi bagi berdepan buat kali pertama dengan peminat di Malaysia.
Budi yang sudah lebih 12 tahun berkarya dalam muzik pop turut menyatakan bahawa kolaborasi bersama Nidji adalah satu penghormatan buat dirinya yang juga merupakan peminat kumpulan tersebut sejak dia kecil.
“Dari kecil sejak usia 5 tahun lagi saya mahu bergandingan dengan Nidji. Dan akhirnya impian untuk sepentas dengan Nidji tercapai juga,” ujar Budi.
“Selain merindukan peminat di Kuala Lumpur, kami turut merindukan nasi kandar,” seloroh Nidji yang terkenal dengan lagu-lagu yang segar dan tenaga energetik di atas pentas.
Dalam pada itu, Nidji juga berjanji akan membawakan sebuah persembahan luar biasa dengan deretan lagu-lagu hit mereka seperti Laskar Pelangi, Bila Aku Jatuh Cinta dan Hapus Aku.
“Tahun 2023 adalah tahun ke 21 penubuhan Nidji. Konsert di Kuala Lumpur seperti mengulang semula sejarah kami.
“Kini selepas 21 tahun, kami seronok dapat meraikannya dengan kawan- kawan di Malaysia. Kami sangat gembira dan teruja,” ujar Nidji.
Sementara itu, pihak penganjur, Inspire berharap gandingan unik antara dua pemuzik ini dapat menawan hati para peminat di Malaysia dan sehingga kini jualan tiket bagi konsert itu sangat memberangsangkan.
Harga tiket bermula daripada serendah RM136 sehingga RM4,694 (Royal Box / 8pax). Penganjur turut menyediakan ‘couple tickets’ berharga RM110 untuk pasangan.
Event Dream Collaboration ini, dipimpin oleh Rama Ananda Ambri selaku Pengarah Projek.
Dream Collaboration dibawakan oleh Inspire.IDN, didukung oleh Myvitalab, Zepp Kuala Lumpur, Warisanad Outdoor, Media Prima, Hot Fm, Astro Gempak dan bekerjasama dengan Ticket2U dan Ticket.com.
Konsert ini akan bakal berlangsung pada 19 Mac 2023 di Zepp Kuala Lumpur.
Pembelian tiket dapat diakses melalui aplikasi dan laman web https://www.ticket2u.com.my.