Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Tak Sakit Pun" - Elton John & Michael Caine Buktikan Vaksin COVID-19 Selamat!

Asraf Aided
11/02/2021 12:24 MYT
Penyanyi legenda, Sir Elton dan pelakon Sir Michael Caine telah menerima vaksin COVID-19 baru-baru ini.

Dua bintang itu kemudian muncul dalam sebuah iklan untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan vaksin wabak tersebut.

Memetik laporan itv, iklan tersebut menyampai mesej bahawa suntikan vaksin COVID-19 adalah mudah dan selamat.

Dalam video tersebut, Sir Elton, 73, mengatakan lebih ramai orang yang mengambil vaksin, maka lebih banyak peluang untuk menghapuskan pandemik COVID-19.

"Penting untuk kita tahu, vaksin ini telah diuji dan menepati ciri-ciri keselamatan dan standard kualiti," kata beliau.

Dalam pada itu, Sir Elton turut menyebut kata-kata daripada lagu I'm Still Standing yang popular pada tahun 1983.

"As you can see, I', still standing, yeah, yeah, yeah."

Sir Michael, 87, pula mengatakan suntikan vaksin itu tidak menyakitkan dan tidak ramai yang tahu.

"Tak sakit pun, tak ramai yang tahu tentangnya," katanya.

Difahamkan, video dari NHS itu dilancarkan selepas pihak mereka meminta golongan yang berusia 70 tahun keatas untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Sir Elton dan Sir Michael dipilih kerana mereka dipercayai dan disayangi ramai.

Sumber : itv News
Kredit Foto : Imperial College London

#Vaksin #Elton John #COVID-19 #Michael Caine