Tak Salah Pilih Hero & Heroin, Peminat Suka Gandingan Zul Ariffin & Azira Shafinaz Dalam Penunggang Agama
Zulaikha Yusof
20/04/2021 09:00 MYT
20/04/2021 09:00 MYT
Filem Penunggang Agama masih ditayang di Astro First saluran 480.
Hampir sebulan ditayangkan, Penunggang Agama masih menjadi bualan di bibir penonton.
Idea pengarah Syafiq Yusof untuk menggabungkan Zul Ariffin dan Azira Shafinaz ternyata tidak salah percaturannya.
Rata-rata peminat setia aktor dan aktres ini suka menonton hasil gandingan mereka di layar televisyen.
"Awak dan Azira Shafinaz kelihatan sangat bagus di layar skrin. Chemistry korang berdua sangat tinggi," tulis individu yang menggunakan nama @miranabellaamira.
Filem Penunggang Agama turut dilakonkan oleh barisan pelakon hebat lain antaranya Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.
Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.
Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.
Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama.
BACA: Penuh Pengajaran! Penonton Hayati Jalan Cerita Filem Penunggang Agama, "Jangan Mudah Percaya Orang Dari Cara Pakaian"
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Penunggang Agama di pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.