Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Tak Salah Pun Bagi Peluang Kepada ‘Pelakon Kayu’, Lama Lama Pandailah Berlakon…” – Haji Zil

Fiza Kamarudin
01/12/2021 04:40 MYT
Pemilik syarikat produksi Zeel Production, Fadzil Teh berpendapat semua pelakon perlu diberi peluang untuk memperbaiki tahap lakonan mereka walaupun pernah digelar ‘pelakon kayu’.

Fadzil Teh atau lebih mesra dengan panggilan Hj Zil berkata, penerbit seharusnya memberi peluang kepada pelakon untuk berkembang.

“Pelakon berbakat atau pun tidak, kita wajar beri peluang kepada mereka untuk dia berkembang. Pernah digelar ‘pelakon kayu’ bukan bermakna dia tidak boleh memperbaiki mutu lakonan.

“Contohnya macam Ruhainies pada awal pembabitan dalam industri memang tidak memberangsangkan tetapi dia ada effort.

“Daripada tak pandai berlakon dan sekarang kita dah nampak mutu lakonannya. Dia juga sangat pandai bawa diri bergaul dengan pelakon-pelakon senior, minta tunjuk ajar. Saya respect pelakon macam dia,” katanya.

Sementara itu Hi Zil ketika ketika diminta mengulas mengenai isu stesen TV yang meletakkan syarat mahukan pelakon dengan jumlah lebih sejuta pengikut di media sosial berkata, pihaknya tidak terkecuali daripada dihentam beberapa pelakon.

Katanya penerbit terpaksa akur dengan kehendak stesen TV memandangkan mereka mengeluarkan kos.

"Kami masih dihentam! Pihak kami menghasilkan drama untuk stesen TV dan platform penstriman. Itu memang menjadi syarat yang diletakkan oleh mereka. Contoh mudah, kalau nak berkahwin ada syarat-syaratnya dan sama juga seperti urusan ini.

"Pihak stesen TV meletakkan syarat untuk mengambil pelakon dengan jumlah pengikut melebihi sejuta di media sosial. Kami sebagai penerbit perlu akur kerana mereka (stesen TV) yang keluarkan duit," katanya.

Perkongsian tersebut dibuat pada sesi IG Live ‘How To Make A Drama Go Viral’ anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan Kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), pada malam Isnin.

Sesi tersebut yang diadakan menerusi laman sosial Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan.
#WHAM #Hj Zil #FFM 31 #Zeel Production