Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tak Salah Pun, Malah Saya Gembira" - Viral Isu Tips Doraemon, Ini Komen Pemilik Asal Suaranya!

Hanafis Haris
01/04/2020 08:15 MYT
Semalam timbul isu berhubung tips bagi mengelakkan pergaduhan antara suami isteri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Antara tips tersebut termasuklah meminta isteri agar tidak berleter dan meniru suara kartun Doraemon ketika cuba menegur pasangan.

Walaubagaimanapun, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) hari ini tampil memohon maaf selepas perkongsian tips itu menjadi pertikaian kalangan masyarakat.

BACA: Tips Suruh Isteri Tiru Nada Suara Doraemon, Jabatan Pembangunan Wanita Mohon Maaf

Namun, dalam pada ramai yang mempertikaikan usaha berkenaan, tahukah anda pemilik sebenar suara Doraeomon Malaysia?

Pada yang tidak tahu individu tersebut adalah Ruhaiyah Ibrahim yang telah melakukan alih suara atau 'voice over' untuk Doraemon sejak tahun 90-an.

Jadi Doreamon yang anda tonton selama ini adalah milik suara Ruhaiyah!

Menurut Ruhaitya, sesiapa pun boleh tiru suaranya dan tidak menjadi kesalahan pun.

"Malah saya rasa bangga sebab rupanya suara doraemon tu sedikit sebanyak telah meresap ke sanubari siapa-siapa yg nak menirunya. Saya gembira," katanya.

Menurutnya, Doraemon ni bermula sekitar tahun 90-an dan ketika itu terdapat pemilihan untuk watak kartun tersebut di studio rakaman Filem Karya Nusa Sdn Bhd (KSN).

"Kebetulan pun saya bekerja di situ. Bila dihantar dalam beberapa orang sample voice Doraemon tu, rupanya suara akak telah dipilih.

"Bermula dari situlah akak memegang watak Doraemon ni. Suara ini memang agak susah sebab kene guna suara di tekak dan terpaksa diserakkan.

"Nak ikut macam kucing bercakap, tapi yang ini robot kucing," katanya.

#Viral #Viral #Doreamon #Voice Over
;