Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tak Salah Pun Sesekali Beri Hadiah…”- Zul Ariffin Jawab Mengenai Pemberian Kereta Range Rover Kepada Gayatri

Syafiqah Jalal
23/04/2022 07:02 MYT
“Pemberian hadiah itu salah satu tanda sayang sahaja,” kata aktor Zul Ariffin selepas diminta mengulas mengenai kereta jenis Range Rover yang dihadiahkan kepada Gayatri Su-Lin baru-baru ini.

Zul juga dalam masa yang sama tidak menafikan Gayatri insan istimewa bagi dirinya dan sudah menganggap sebagai keluarga.

“Saya sudah anggap dia macam keluarga sendiri. Gayatri memang istimewa bagi saya. Kami sudah lebih 10 tahun mengenali antara satu sama lain,” katanya lagi.

Zul ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, semalam.

Mengulas mengenai hadiah berkenaan, Zul memberitahu dia sudah lama merancang untuk memberikan hadiah kesukaan penerbit itu.

“Saya dah tahu dia suka kereta itu. Tidak ada sempena apa pun. Saya memang nak beri hadiah kepadanya.

“Saya rasa kereta itu sesuai dengannya.Tak salah pun sesekali beri hadiah istimewa. Bukan selalu pun.

“Saya tunggu hadiah apa untuk saya pula. Sedangkan hadiah untuk diri sendiri pun masih tertangguh,” katanya berseloroh.

Sementara itu, mengenai perkembangan lain Zul memberitahu dia bakalberangkat ke Udine, Itali pada 26 April ini untuk menghadiri Udine Far East Film Festival 2022.

“Filem saya bersama Khabir Bhatia bertajuk Talbis Iblis akan bertanding di sana. Balik ke Malaysia pun dah hampir nak raya. Silap-silap saya mungkin beraya di sana (Itali),” ceritanya.

;