Tidak sampai sehari pelakon Nurkhiriah memuat naik entri di Instagram miliknya memohon jika ada sesiapa yang sudi menyumbang seikhlas hati untuk dia mengubah suai van jenazah keduanya, nyata impiannya tercapai.

"Assalamualaikum. Nak tanya. Macam ni, akak nak beli 2nd Van Jenazah. Alhamdulillah, duit untuk membeli dah ada cuma sekarang untuk transform MPV itu ke Van Jenazah belum cukup.

"Ada sesiapa sudi menyumbang seikhlas hati. Maaf tanya ya, terima kasih," kongsi Khiriah sebagai entri di Instagram.

Assalamualaikum Maaf Tanya taw..ini bukan utk akak..tapi untuk kita semua..jika ada yg ingin menyumbang boleh terus ke AC BANK ISLAM 1419-5020-1348-68 Azfaizul Ahtan..nanti tulis-2nd Van Jenazah-Untuk Kegunaan Semua Secara Percuma 2nd Van Jenazah Ini Juga..Semoga Allah MeMembalas Segala Kebaikan & Allah Memandang Usaha Kecil Kita ini..aamiin yra.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on


Namun tidak sampai 24 jam, Khiriah memuat naik satu lagi entri memberitahu bahawa sumbangan yang diterimanya sudah mencukupi.

"Assalamualaikum. Terima kasih kalian. Sumbangan untuk 2nd Van Jenazah ditutup sebab dah cukup rezekinya untuk suami akak transform MPV itu ke Van Jenazah.

InshaAllah bila dah siap akak share gambar Van Jenazah milik kita bersama di sini ya. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. Terima kasih semua," kongsi Khiriah.

Assalamualaikum..Sumbangan 2nd Van Jenazah dah ditutup yer..taktau nak describe cmne betapa mulianya hati korang..x sampai 24 jam..dah cukup sgt2 dah rzkinya tuk akak setelkan bahagian dalam van tu nanti..InshaAllah dah siap semuanya nanti akak share gambar..semoga Allah membalas segala kebaikan kalian..aamiin yra.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on



Tambahnya lagi, dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya kerana dapat mengumpulkan sumbangan dalam tempoh yang cukup singkat.

"Tak tau nak describe macam mana betapa mulianya hati korang. Tak sampai 24 jam. Dah cukup sangat-sangat dah rezekinya untuk akak setelkan bahagian dalam van tu nanti," tulis Khiriah sebagai kapsyen entri tersebut.

Sebelum ini Khiriah turut menjadikan MPV miliknya sebagai kenderaan jenazah yang pertama dan percuma untuk digunakan oleh mereka yang memerlukan.

Baca: Noorkhiriah Jadikan MPV Miliknya Kenderaan Jenazah