Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Sampai 5 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Dah Dicemari Dengan Sampah! Biar Betul?

Hanafis Haris
17/12/2019 10:59 MYT
Taman Tasik Titiwangsa telah pun dibuka semula kepada orang ramai Ahad lalu.

Namun tidak sampai 24 jam, muncul beberapa perkara dan perlakuan orang awam yang tidak menyenangkan.

Menerusi satu posting oleh pengguna Facebook Noor Fazlina Rosley, dia melahirkan rasa kecewanya apabila taman berkenaan sudah dicemari dengan sampah sarap serta kegiatan vandalisma.

Apa yang lebih mengecewakan, kesemua kelakuan itu disedari selepas lima jam daripada tempoh taman itu dibuka.

"Baru 5 jam dibuka, vandalisma di papan tanda, buang sampah merata-rata.

"Tapi kenapa ya kalau pergi ke taman di luar negara, kita pandai pula jaga kebersihan? Sayanglah kami dan taman2 kami sebagaimana kami sayangi anda semua," katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen dilihat agak marah dengan kelakuan buruk itu.

Kebanyakannya menganggap ia sebagai tindakan individu yang mempunyai mentaliti kelas ketiga.

Untuk rekod, Taman Tasik Titiwangsa telah ditutup bermula 1 September tahun lalu untuk kerja-kerja naik taraf selain sebahagian pelaksanaan projek Sungai Nadi Kehidupan.

Biarpun telah mula dibuka kepada orang ramai, namun kerja naik taraf di taman berkenaan masih dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya Januari 2020.
#Viral #Malaysia #Viral #Titiwangsa
;