Tak Sampai Sebulan Berbaik, Lesti Kejora Hamil Anak Kedua?
Amri Hassan
02/11/2022 02:55 MYT
02/11/2022 02:55 MYT
Hubungan pasangan selebriti Indonesia Lesti Kejora dan Rizky Billar dikatakan semakin pulih selepas dilihat memaparkan kemesraan di tempat awam.
Baru-baru ini foto penyanyi dangdut itu menemani suaminya yang sedang bermain futsal di kawasan TB Simatupang, Jakarta Selatan menjadi bualan netizen.
Lebih menarik, terdapat khabar angin yang menyatakan Lesti kini sedang hamil anak kedua mereka, yang juga menjadi punca penyanyi itu menarik semula laporan polis terhadap Rizky.
Pengurus Lesti, Aril Lobster atau Boril, bagaimanapun, belum dapat mengesahkan berita itu.
"Saya tidak tahu tentang itu, doakan sahaja. Anak ramai itu rezeki. Sekarang mereka sibuk memperbaiki diri dan rumah tangga.
"Kelihatan mereka nampak lebih intim dan meluangkan masa untuk keluarga. Mereka juga sekarang masih mahu berehat dan belum aktif dengan aktiviti seni masing-masing," katanya.
Hujung September lalu, Lesti membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul suaminya di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.
Penyanyi lagu Sekali Seumur Hidup itu mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan antara mereka.
Rizky didakwa bertindak agresif dengan memukul dan mencekik isterinya sehingga terjatuh ke lantai.
Bagaimanapun, penyanyi itu mengejutkan ramai pihak apabila menarik balik laporan polis yang dibuat dan memaafkan suaminya.
Lesti, 23, dan Rizky, 27, berkahwin Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki, Leslar Al Fatih.