“Tak Sampai Sejam Pun Air Bertakung Cepat" - Banjir Kilat Melanda Lagi, Netizen Persoal Sistem Perparitan 'Hauk'?
Mya Amri
25/04/2022 09:50 MYT
25/04/2022 09:50 MYT
Hujan lebat menyebabkan berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi sekitar ibu negara.
Menerusi video dan juga foto-foto tular di media sosial, netizen sudah mula meluahkan rasa bimbang kerana ada jalan utama yang sudah dinaiki air.
Beberapa kawasan di Kuala Lumpur yang dinaiki air adalah:
1. Jalan Kuching
2. Jalan Tunku Abdul Halim
3. Jalan Sematan
4. Pintasan Segambut
5. Jalan Segambut
6. Jalan Kinabalu (Bulatan Mereka)
7. Jalan Changkat Thami Dollah
8. Lebuhraya Sultan Iskandar
9. Jalan Travers
10. Bulatan Dato Onn
Laman facebook Kementerian Wilayah Persekutuan juga menasihatkan warga kota supaya berhati-hati di jalan raya.
Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah turun kelapangan untuk melancarkan arus lalu lintas.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata netizen berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang selanjutnya.
Malah mereka juga mempersoalkan sistem perparitan negara yang dianggap lemah dan kurang membantu menyelesaikan masalah banjir.
Terdahulu, Malaysia telah dilanda banjir besar di seluruh negara sekitar bulan Mac tahun ini sehingga ada yang kehilangan tempat tinggal dan netizen juga menggunakan hashtag #daruratbanjir.
Foto: Orang Awam, ITIS DBKL, BERNAMA
Terdahulu, Malaysia telah dilanda banjir besar di seluruh negara sekitar bulan Mac tahun ini sehingga ada yang kehilangan tempat tinggal dan netizen juga menggunakan hashtag #daruratbanjir.
Foto: Orang Awam, ITIS DBKL, BERNAMA
#Banjir
#Banjir Kilat
#Banjir Selangor
#Ramadan 2022
#Banjir Kuala Lumpur
#KL Banjir
#Sistem Perparitan