Hiburan

"Tak Sampai Seminggu Dah Keluar Bersolek" - Mawar Karim Dikecam Keluar Rumah Dalam Edah

gempak
Amri Hassan
16/07/2019
04:21 MYT
Sponsor Banner
"Tak Sampai Seminggu Dah Keluar Bersolek" - Mawar Karim Dikecam Keluar Rumah Dalam Edah
Bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dihujani teguran netizen apabila keluar bersama anaknya, Wan Maryam ke sebuah pusat beli-belah semalam.
BACA: Fizo, Mawar Bercerai Talak Satu
Hal itu dakwa netizen kerana Mawar masih dalam tempoh edah selepas diceraikan Fizo pada Rabu minggu lalu.
"Mawar sebelum tu nak minta maaf ya rasanya tak sampai seminggu pun Mawar bercerai dengan ex suami kalau diikutkan masih belum habis edah lagi tapi dah keluar bersolek bagai.
"Cerai hidup ni pun sama hukumnya dengan cerai meninggal 3 bulan baru kita dibolehkan keluar rumah," tulis salah seorang pengguna menerusi ruangan komen Instagramnya.
Foto bersuka-ria Mawar dan Maryam itu terus menerus mendapat respon kurang manis daripada pengguna media sosial.
Mawar dan Fizo bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada Rabu lalu.
Kemelut rumah tangga mereka dihidu orang ramai apabila menyambut Aidilfitri secara berasingan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024