Laman Utama

Tak Sampai Seminggu, Syatilla, Sam Kongsi Wajah & Nama Anak Ketiga - “Mempersembahkan Hasil Menuai Kami..”

gempak
Azwa Rahman
11/05/2022
17:44 MYT
Sponsor Banner
Tak Sampai Seminggu, Syatilla, Sam Kongsi Wajah & Nama Anak Ketiga - “Mempersembahkan Hasil Menuai Kami..”
Pelakon Syatilla Melvin tidak mengambil masa yang lama untuk mendedahkan wajah bayi ketiganya yang baru sahaja dilahirkan pada Isnin.
Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla atau lebih mesra disapa sebagai Tilla berkongsi foto wajah bayi perempuan yang baru berusia beberapa hari kepada tatapan umum.
Isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu juga turut mendedahkan nama yang diberikan buat puterinya iaitu Salama Samheizy.
“Salam semua. Mempersembahkan hasil menuai kami yang ketiga.
“Salam Samheizy binti Shaheizy Sam. 3.05 kilogram. Keluar ikut tingkap. Dagu tetap,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat memuji wajah comel Salama yang menyerupai raut kakaknya, Sarima.
“Twin Mima ni. Congrats Tilla, selamat berpantang,” komen Lia Natalia.
“Sukanya tengok dia. Comel-comel,” ujar Ain Edruce.
“Eee geramnya. Welcome aboard Salama,” sambut Uyaina Arshad.
“Ya allah! Punyalah elok kejadian,” puji Rozita Che Wan.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 96,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Pagi Isnin lalu, Gempak melaporkan Syatilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 31, selamat melahirkan bayi ketiga mereka secara pembedahan di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Untuk rekod, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung lelaki, Syeriv Samheizy, 5, dan anak kedua Sarima Samheizy, 3
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024