Berita

"Tak Sanggup Nak Baca Kisah Mereka, Ada Nak Makan Tak Cukup..." - PU Amin Bantu Hampir 100 Ustaz, Ustazah

gempak
ZULHILMI JALIL
13/04/2020
08:34 MYT
Sponsor Banner
"Tak Sanggup Nak Baca Kisah Mereka, Ada Nak Makan Tak Cukup..." - PU Amin Bantu Hampir 100 Ustaz, Ustazah
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin mengambil inisiatif membantu golongan guru agama yang terjejas pendapatan mereka akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut PU Amin, sebagai seorang pendakwah, dia sendiri bersimpati apabila mendapat perkhabaran ada antara mereka yang selama ini bergantung kepada bayaran upah tidak dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Nasib para ustaz dan ustazah sepenuh masa kerja dakwah sangat terkesan. Para ustaz, ustazah dan guru agama ini habiskan masa hidup mereka untuk berdakwah dan mengambil sedikit upah untuk menyara kehidupan mereka.
"Namun, fenomena hari ini memberi tekanan dan kesusahan dalam hidup mereka. Mereka hilang punca pendapatan.
"Tak sanggup nak baca kisah mereka. Susah hidup sebagai guru agama. Ada nak makan tak cukup, lampin anak tak boleh beli, gaji, elaun tak ada. Mereka ikhlas buat kerja agama," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Katanya sehingga kini hampir 100 orang guru agama sudah berjaya disalurkan bantuan.
"Saya berkongsi sedikit rezeki yang ada tanda terima kasih atas usaha mereka menjalankan kerja dakwah dengan ikhlas," katanya.
Perkongsian PU Amin itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata mendoakan agar dirinya terus dimurahkan rezeki dengan tindakannya yang membantu golongan yang selama ini menyebarkan ajaran agama Islam.
Alhamdulillah semoga allah memberi kekuatan kepada ustaz ustazah guru agama dan guru al quran kita . Ramai yang hilang pendapatan . Namun mereka masih kuat untuk mengajar agama . Moga bantuan yang sedikit ini dapat dimanfaatkan sebaik nya . Ada ramai yang memohon , inshaallah saya akan lihat satu demi satu . Untuk hari ini RM 5000 telah di sumbangkan pada mereka . Inshaallah ada baki sedikit lagi untuk diagihkan pada yang layak.. . Semoga dengan kita memuliakan guru agama ustaz ustazah guru al quran Allah angkat musibah.. . Ramai yang mohon saya akan agihkan ikut kelayakan. Mohon kongsikan pada yang lain mungkin ada yang lebih susah perlukan bantuan ini.. . Terima kasih juga pada yang menyumbang,pada yang nak menyumbang , boleh salurkan pada : . Mahabbah Al Amin Resources 1209 20100 44098 BANK ISLAM
A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Nasib para Ustaz dan Ustazah full time kerja dakwah sangat terkesan. Para Ustaz Ustazah dan Guru agama ini habiskan masa hidup mereka untuk berdakwah dan mengambil sedikit upah untuk menyara kehidupan mereka. Namun fenomena hari ini memberi tekanan dan kesusahan dalam hidup mereka . Mereka hilang punca pendapatan.. . Oleh itu, saya berhasrat menyalurkan sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit agar dapat mengurangkan beban dan kesusahan Ustaz Ustazah Guru Agama Full time ini. Jumlah nya mungkin tidak banyak, tapi harapnya dapat membantu mereka bagi menyambut ramadhan bakal tiba.. . Saya mohon para ustaz ustazah dan guru agama,DM saya di IG . Ada beberapa syarat mengikut kelayakan perlu dipenuhi agar bantuan benar benar sampai pada yang berhak.. . Mohon panjangkan mesej dan post ini. Mana tahu ia dapat meringankan beban beban para guru agama ustaz ustazah yang buat dakwah fulltime.. . Apa yang pernah saya dapat dahulu kini kita kongsikan bersama. Moga Allah angkat musibah ini segera.. ❤️ . Bagi yang mahu turut serta menyumbang, saya akan sampaikan pada mereka, salurkan pada no akaun dibawah.. . Mahabbah Al Amin Resources 1209 20100 44098 BANK ISLAM
A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Terdahulu, tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April ini. Sepanjang tempoh tersebut, tiada sebarang bentuk aktiviti keagamaan yang melibatkan orang ramai sama ada, kelas atau ceramah agama dibenarkan.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024