Tak Sanggup Tunggu Bulan 10, Aliff Syukri Rindu Nak Pergi Shopping - "Kenapa Boleh Jadi Macam Ni Malaysia?
Zulaikha Yusof
24/06/2021 03:15 MYT
24/06/2021 03:15 MYT
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Shukri meluahkan rasa rindu untuk kembali bebas seperti sebelum negara Malaysia dilanda pandemik Covid-19.
Akur tidak dapat melancong ke luar negara, Aliff mengakui akan terubat rindu sekiranya dibenarkan untuk keluar membeli belah di pusat beli belah terkemuka, Pavilion Kuala Lumpur.
"Bila lah boleh bebas macam dulu. Tak boleh pergi luar negara (oversea), dapat pergi shopping dekat Pavilion pun saya dah gembira," tulisnya di Instagram (IG).
Tambah pelantun lagu Abang Nak Tegur, dia sudah tidak sanggup untuk menunggu semua sektor beroperasi yang dijangka pada hujung tahun ini.
"Ini rumah saya kat Pavilion.. nak pergi Pavilion pun tutup.. Rasa tak sanggup nak tunggu bulan 10 lamanya.. kenapa boleh jadi macam ini Malaysia?" tulisnya lagi.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin memohon agar rakyat Malaysia bersabar sedikit masa lagi sehingga negara mencapai tahap imuniti kelompok yang dijangka berlaku selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Menurut beliau, keutamaan pada masa kini adalah untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang sudah memakan masa lebih daripada setahun.