Gegar Vaganza 6

“Tak Sangka Ada Yang Hati Hitam Terhadap Saya Dan Shamvengers...” - IG Kelab Peminat Sham Visa Kena Godam!

Fiza Kamarudin
17/12/2019
18:29 MYT
Finalis Gegar Vaganza (GV) 2019, Sham tidak menyangka ada individu berhati hitam yang sanggup menggodam akaun kelab peminatnya, Shamvengers di Instagram (IG).
Sham berkata, dia tidak faham mengapa ada pihak yang tidak senang hati melihat keharmonian yang terjalin di antara dia dan Shamvengers.
Dia hanya mengetahui tentang akaun rasmi kelab peminatnya digodam selepas diberitahu pengendali IG tersebut, pada Isnin.
“Saya terkejut apabila pengurusan dan admin kelab peminat Shamvengers memaklumkan tentang hal ini.
“Saya tak sangka ada individu di luar sana yang berhati hitam dan berniat buruk terhadap keharmonian saya dan Shamvengers yang terjalin sejak GV ini.
“Perbuatan menggodam akaun IG Shamvengers ini adalah perbuatan terkutuk manusia yang iri hati dengan kebahagiaan orang lain,” katanya kesal.
Tambah Sham, pihak pengurusannya Mind Order, sedang berusaha untuk mendapatkan semula akaun IG tersebut.
Katanya lagi, dia amat berharap agar IG rasmi kelab peminatnya itu diperoleh semula kerana terlalu banyak kenangan dan perjalanan bersama mereka sepanjang keberadaannya di GV.
"Kini, pengurusan saya dengan bantuan pihak berkuasa sedang berikhtiar untuk memperoleh semula akaun IG rasmi kelab peminat saya.
“Yang menyedihkan adalah terlalu banyak kenangan dan perjalanan bersama peminat yang didokumenkan dalam IG itu.
“Saya berdoa akaun itu dapat diselamatkan menjelang malam final Ahad ini,” katanya kepada Gempak.
Pentas akhir GV 2019 bakal menyaksikan enam bintang berentap merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.
Nantikan persembahan Sham Visa, Naqiu, Hady Mirza, One Nation Emcee, Jatt dan Nurfatima malam Ahad ini di Astro Ria (saluran 124) dan Ria HD (saluran 123).
GV 2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 9 malam.
Foto: @neonpixelofficial
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Nasib Baik Saya Bukan Mak Cik Bawang, Kalau Tidak ..." - Wann Hampir Kena Scam 'Feeza Palsu', Peminat Suruh Hati-Hati

gempak
07/02/2020
00:07 MYT
Gegar Vaganza 6

"Comeback Sia-Sia!" - Mimi Fly Tinggalkan One Nation Emcees Lepas Habis GV2019

gempak
30/01/2020
10:49 MYT
Advertorial

Tonton Konsert Akhir Dengan Layanan VIP, Andalah Pemenang Sebenar!

gempak
20/01/2020
04:42 MYT
Hiburan

Ulang Alik Singapura - Malaysia, Hady Mirza Bercadang Pindah Ke Kuala Lumpur Jika Terlalu Sibuk

gempak
08/01/2020
12:25 MYT
Hiburan

Kebakaran Hutan Di Canberra, Nurfatima Dalam Keadaan Baik

gempak
06/01/2020
22:23 MYT