Hiburan

"Tak Sangka Dia Bekerja Keras Sehingga Tahap Tidur 3 Hingga 4 Jam .." - Risteena Munim Dedah Kegigihan Isa Khan Untuk Kahwin. Untungnya!

gempak
Zulaikha Yusof
13/01/2020
01:34 MYT
Sponsor Banner
"Tak Sangka Dia Bekerja Keras Sehingga Tahap Tidur 3 Hingga 4 Jam .." - Risteena Munim Dedah Kegigihan Isa Khan Untuk Kahwin. Untungnya!
Pelakon Risteena Munim mendedahkan sikap tunangnya, aktor Isa Khan yang sanggup bekerja keras semata-mata untuk membahagiakannya.
Kata Risteena, Isa yang akan tidur selama empat jam dalam masa sehari.
"Perbualan kami sebelum tidur. Hanya untuk berkongsi dengan anda semua, akhir-akhir ini kami memang tak cukup tidur especially Isa yang bekerja keras untuk bisnes kami.
"Tak sangka dia bekerja keras sehingga tahap tidur 3-4 jam sahaja sehari. Alasannya untuk bahagiakan saya, untuk menghalalkan saya.
"Rezeki dia datang mencurah. Alhamdulillah. Saya happy tengok satu persatu yang dia capai sekarang.
"Katanya, saya semangat dan kekuatan dia. Actually we both need each other so much! Kami kuat dan semangat bila kami bersama. Semoga dengan izin Allah, @lovit_hq terus success hasil kerja keras awak sayang❤️ .
"Ya Allah, jauhi @theisakhan dari niat tidak baik manusia, permudahkan segala urusannya, beri kesihatan yang baik untuknya, kuatkan semangatnya, lindungi dia di mana pun dia berada, curahkan rezeki yang tidak disangka sangka, jadikan dia seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Amin," tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG)nya dengan memuat naik 'screenshot' perbualan antara Risteena dan Isa.
Sejak kebelakangan ini, kedua-dua mereka dilihat semakin terbuka berkongsi rutin bersama dan aksi romantik di IG.
Isa, 26, dan Risteena, 30, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.
Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.
Our conversation before sleep ❤️ . Just to share with you guys, lately ni kami memang tak cukup tidur especially Isa yang work hard untuk bisnes kami. Tak sangka dia bekerja keras sehingga tahap tidur 3-4 jam sahaja sehari. Alasannya untuk bahagiakan saya, untuk menghalalkan saya. Rezeki dia datang mencurah. Alhamdulillah. Saya happy tengok satu persatu yang dia capai sekarang. Katanya, saya semangat dan kekuatan dia. Actually we both need each other so much! Kami kuat dan semangat bila kami bersama. Semoga dengan izin Allah, @lovit_hq terus success hasil kerja keras awak sayang❤️ . Ya Allah, jauhi @theisakhan dari niat tidak baik manusia, permudahkan segala urusannya, beri kesihatan yang baik untuknya, kuatkan semangatnya, lindungi dia dimana pun dia berada, curahkan rezeki yang tidak disangka sangka, jadikan dia seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Amin? . Selamat malam semua ?
A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live