"Tak Sangka Kami Diberi Peluang Pegang Watak Utama" - Kumpulan Kiut

Rozaimi Zubaidi
September 14, 2018 04:12 MYT
Juara Gegar Lawak, Kumpulan Kiut mengakui tidak sangka akan diberi peluang untuk memegang watak utama dalam teater Hantu Raya Tebuk Mat Rashid.
Menurut anggota Kiut, Nizam, walaupun sudah lama menjinakkan diri dalam bidang teater namun ini merupakan kali pertama mereka diberikan peluang untuk memegang watak utama selepas menjuarai Gegar Lawak.
"Alhamdulillah, mungkin ini merupakan rezeki kami untuk terus berkarya dan memartabatkan teater pada satu tahap yang lebih tinggi lagi.
"Sebelum ini kami cuma diberi peluang membawa watak tambahan sahaja dan tidak sangka selepas bergelar juara Gegar Lawak kami diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama pula.
"Kami tidak akan mengsia-siakan peluang yang diberikan ini dan berharap dapat ketengahkan bakat kami lagi dalam bidang seni," katanya kepada Gempak.
Selain kumpulan Kiut, teater Hantu Raya Tebuk Mat Rashid turut dibintangi oleh Mamak Puteh, Ropi Rajalawak dan Belle Ngasri.
Jangan lupa untuk menyaksikan teater Hantu Raya Tebuk Mat Rashid, pada 30 September ini di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.
Orang ramai yang ingin menyaksikan teater ini boleh mendapatkan tiket pada harga RM35 di talian 012-561 8434 atau melayari laman Facebook Resdongs Entertainment untuk maklumat lanjut.
#Kumpulan Kiut #Juara Gegar Lawak