Usaha keras pelakon dan pelawak, Vicha untuk mengurangkan berat badan nampaknya membuahkan hasil.

Dengan semangat dan kata-kata positif yang diberikan oleh peminat, Vicha memberitahu dia kini sudah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 5 kilogram (kg) dalam masa seminggu.

Vicha berkongsi perkembangan itu menerusi posting di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.





Menurut Vicha, dia kini mensasarkan jumlah dua angka untuk berat badannya. Sebagai permulaan dia hanya berharap dapat mencapai 99kg.

“Jadi ya satu minggu saya boleh turun 4.9kg ya boleh dibilang 5kg guys. Wah tak sangka betul boleh turun 5kg dalam waktu seminggu. Betul apa kata coach cakap kita nak turun berat badan tapi tak ada ilmu memang payah.

“Macam sayalah dulu-dulu tak tahu cara diet dan exercise yang betul kelaut terus berat, asyik naik turun naik turun macam roller coster.

“Tak sabar nak buat #vichagoesto99kg dua angka tu saya punya mimpi bertahun-tahun. Insya-Allah saya akan tetap optimis guys,” kongsinya.

hari ini adalah hari yg sangat berdebar2 sebab 1 minggu saya x timbang2 kalau ikutkan hati rasa nak cheat jer timbang diam2 tapi x nak lah kita buat di jalan yg betul guys ?? so yes 1 minggu saya boleh turun 4.9kg ya boleh di bilang 5kg guys ???❤ waahh.... x sangka betul boleh turun 5kg dlm wktu 1 minggu , betul lah apa kata coach @faqeemaswad9 cakap kita nak turun berat badan tapi x ada ilmu memang payah ?‍♀️ macam sayalah dulu2 hahahaha x tahu cara diet dan exercise yg betul kelaut terus berat asik naik turun naik turun ?? macam roler coster dan yang terpenting setelah saya dapatkan product yg ngam dengan badan saya tambah lagi hasil tu sangat2 memuaskan thank u @fabulousboomhq sebab dah buat #vichaweightlossjourney ni sangat2 menyenangkan x sabar nak buat #vichagoesto99kg 2 angka tu saya punya mimpi bertahun2 ? insyaallah saya akan dapatkan tetap optimis guys, kalau korang tanya kenapa #fabulousboom membantu saya apa yg saya rasa setelah consumsi #fabulousboom ok saya bagitahu korang bila korang ambil @fabulousboomhq korang akan rasa kenyang 1 hari lepas tu bila korang ambil makanan korang akan rasa cepat kenyang so ambil makan sikit pun dah rasa ok , yg penting korang x akan rasa craving makanan so memang terbaik bila korang ambil #fabulousboom selepas breakfast insyaallah korang pun boleh dapatkan berat ideal korang ❤?? jom guys kita kurus sama2 dengan cara sehat yer oh yaa #fabulousboom ni x berbahaya yer sebab ibu menyusui pun boleh ambil tau ???❤ so sape2 nak order sekarang saya ada jual juga boleh contact no +60192644666 ni ok murah jer 1 kotak hanya rm59 beli 3 kotak rm165 jer ???

A post shared by Vicha_Barbie (Besar&Chubby) (@vicha_barbie) on


BACA: “Dah Nampak Shape” Nak Kurus, Vicha Tekad Mulakan Workout

Terdahulu, Vicha mengakui tertekan dengan berat badannya yang sudah mencecah sehingga 128.4 kilogram (KG).

BACA: “Kadang Saya Stres Sendiri Dengan Berat Badan Ni" - Vicha Kongsi Berat Lebih 128 KG, Dah Buat Macam-Macam Tapi...

Dalam perkembangan terbaharu, Vicha kini terlibat dengan program terbaharu Rumah No 107 bersama Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak dan Ropie.

Jangan lupa saksikan Rumah 107 setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.