Hiburan
“Tak Sangka! Mimpi Bertahun-Tahun” – Vicha Turun 5 Kg Seminggu, Kini Target Berat Dua Angka
Usaha keras pelakon dan pelawak, Vicha untuk mengurangkan berat badan nampaknya membuahkan hasil.
Dengan semangat dan kata-kata positif yang diberikan oleh peminat, Vicha memberitahu dia kini sudah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 5 kilogram (kg) dalam masa seminggu.
Vicha berkongsi perkembangan itu menerusi posting di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut Vicha, dia kini mensasarkan jumlah dua angka untuk berat badannya. Sebagai permulaan dia hanya berharap dapat mencapai 99kg.
“Jadi ya satu minggu saya boleh turun 4.9kg ya boleh dibilang 5kg guys. Wah tak sangka betul boleh turun 5kg dalam waktu seminggu. Betul apa kata coach cakap kita nak turun berat badan tapi tak ada ilmu memang payah.
“Macam sayalah dulu-dulu tak tahu cara diet dan exercise yang betul kelaut terus berat, asyik naik turun naik turun macam roller coster.
“Tak sabar nak buat #vichagoesto99kg dua angka tu saya punya mimpi bertahun-tahun. Insya-Allah saya akan tetap optimis guys,” kongsinya.
Terdahulu, Vicha mengakui tertekan dengan berat badannya yang sudah mencecah sehingga 128.4 kilogram (KG).
Dalam perkembangan terbaharu, Vicha kini terlibat dengan program terbaharu Rumah No 107 bersama Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak dan Ropie.
Jangan lupa saksikan Rumah 107 setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.