Pelakon Hiera Hassan bersyukur apabila niatnya untuk mula berhijab disokong dan disambut baik oleh semua pihak khususnya ahli keluarga terdekat.

Menurut Hiera, paling tidak disangka adalah sokongan daripda suaminya sendiri yang sanggup menghadiahkannya ‘steam iron’.

“Alhamdulillah semua terima dengan baik dan happy bila saya bertudung.

“Suami pun sokong siap belikan steam iron lagi nak senangkan saya iron tudung.

“Tak sangka pula dia beli seterika baru, mungkin dia tahu kalau guna guna seterika biasa tu kan susah, jadi dia belikan saya jenis senang punya.

“Bersyukur sangat, tak sangka dapat sokongan macam ni terutamanya daripada suami,” katanya.

Ditanya sama ada dia bersedia menghadapi kesukaran memilih watak yang bertudung, Hiera berkata dia menyerahkan semua kepada rezeki.

“Memang saya dah bersedia, kalau ada karakter yang memerlukan seorang itu tidak bertudung, maknanya bukan rezeki saya lah.

“Kalau sudah tertulisnya begitu. Saya percaya pada rezeki,” katanya.

Bagi anda yang mahu melihat lakonan Hiera dalam filem Kelurga Iskandar The Movie (KITM), boleh tontonnya menerusi Astro First di saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.