Gara-gara kisah telefon pintarnya yang dicuri oleh seekor monyet, seorang pemuda meraih populariti luar biasa.

Menerusi laporan Astro Awani, pemuda tersebut, Muhammad Zackrydz Mohd Rodzi dikatakan telah dihubungi beberapa media antarabangsa.

"Niat saya cuma berkongsi pengalaman yang jarang berlaku, tidak sangka pula penangan kisah monyet ini hebat.

“Saya juga dihubungi dan diwawancara beberapa agensi berita luar negara terkemuka termasuk BBC, Reuters, CNN, UNILAD dan pelbagai portal lain," katanya.

Jelasnya, biarpun menjadi bahan jenaka oleh sesetengah orang, namun dia mengambil keputusan untuk menyimpan gambar monyet itu sebagai kenangan.

“Peristiwa jarang berlaku itu mengandungi hikmah tersendiri termasuk lebih peka dan berwaspada pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, kisah Muhammad Zackrydz menjadi tumpuan apabila ia dicuri oleh seekor monyet selepas hilang selama hampir sehari

Namun, apa yang lebih menariknya, gelagat monyet itu yang seakan mengambil swafoto atau ‘selfie’ sempat dirakam telefon tersebut.

BACA: Amboi Siap Selfie Lagi? Telefon Hilang! Ingatkan Pencuri Atau Toyol, Sekali Rupanya…